Javier Mascherano
Javier Mascherano

Javier Mascherano

Javier Alejandro Mascherano (Sebutan Sepanyol: [mastʃeˈɾano], Sebutan Sepanyol: [maʰtʃeˈɾano]; lahir 8 Jun 1984) ialah pemain bola sepak profesional Argentina yang bermain sebagai pemain tengah atau pertahanan untuk kelab Hebei China Fortune dan pasukan kebangsaan Argentina.[2][3][4][5]Mascherano memulakan kariernya di River Plate. Dia memenangi trofi pertamanya pada musim 2003–04, memenangi Primera División Argentina. Dia berpindah ke kelab Brazil, Corinthians pada tahun 2005, memenangi Brazilian Série A dalam musim pertamanya. Mascherano berpindah ke Eropah, menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United. Walau bagaimanapun, pada permulaan tahun 2007, dia menyertai Liverpool secara pinjaman.Dia merupakan naib juara Liga Juara-Juara UEFA semasa tempoh pinjamannya di Merseyside dan secara rasmi menyertai Liverpool pada bulan Februari 2008 dengan harga £18.7 juta. Selepas tiga tahun bermain untuk Liverpool, Mascherano menyertai FC Barcelona pada tahun 2010, bertukar posisinya daripada pemain tengah kepada pertahanan. Bersama Barcelona, dia memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara UEFA dua kali serta Piala Kelab Dunia FIFA sekali.Mascherano telah membuat lebih daripada 100 penampilan untuk pasukan kebangsaan Argentina, menjadikannya pemain kedua terbanyak membuat penampilan untuk negara itu selepas Javier Zanetti. Dia telah mewakili negara itu dalam Copa América pada tahun 2004, 2007, 2011 dan 2015, Piala Dunia FIFA pada tahun 2006, 2010 dan 2014, dan Sukan Olimpik pada tahun 2004 dan 2008.

Javier Mascherano

2007–2010 Liverpool
Tarikh lahir (1984-06-08) 8 Jun 1984 (umur 35)
2004–2008 Argentina B23
Kelab terkini Hebei China Fortune
2003–2018 Argentina
2003–2005 River Plate
2006–2007 West Ham United
2003–2004 Argentina B20
Nombor 14
2005–2006 Corinthians
Nama penuh Javier Alejandro Mascherano
Posisi permainan Pemain tengah / Pertahanan
2010–2018 Barcelona
Tempat lahir San Lorenzo, Argentina
2018– Hebei China Fortune
Tahun Pasukan
Ketinggian 1.74 m (5 ka 8+1⁄2 in)[1]

Rujukan

WikiPedia: Javier Mascherano http://backpagefootball.com/javier-mascherano-last... http://www.bdfutbol.com/en/j/j8550.html http://www.espnfc.com/player/40380/javier-maschera... http://www.fcbarcelona.com/football/first-team/sta... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.soccerbase.com/players_details.sd?playe... http://www.soccerway.com/players/javier-alejandro-... http://www.tampabay.com/sports/soccer/worldcup/arg... http://www.totalbarca.com/2015/news/capitan-sin-br...